Sunday 1 May 2011

dr khir toyo...pasei rsuah

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.

9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus.

10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca,

"Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus."

11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan.

12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran.

13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja.

Risiko Politik

15. Setiap kali kenaikan OPR dan BLR yang ketara dari tahun sebelumnya, Barisan Nasional akan berhadapan dengan keputusan pilihan raya yang tidak memberangsangkan. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun kenaikan BLR turut memberi kesan negatif kepada BN.

16. Keputusan pilihan raya 2008 dan 1999 berbanding 2004 dan 1995 kepada BN boleh dihubungkan dengan naik turun BLR. Pada 2008, BLR ialah sebanyak 6.75 berbanding pada 2004, 6%. BLR 6% kekal sehingga 2006 sebelum dinaikkan pada 2007 dan 2008. Akibatnya kita tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut kepada BN.

16. Pada 1999, BLR ialah pada 8% dan kita juga tahu nasib BN ketika itu. Memang benar ada faktor lain yang lebih besar. Namun himpitan terhadap majoriti rakyat yang mempunyai pinjaman ini menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan membakar kemarahan rakyat terhadap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 1995 BN mencapai kemenangan cemerlang, BLR ketika itu ialah 6.6 (berbanding 1994 sebanyak 8.25% dan 1993 sebanyak 9.5%).

17. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan taktik OPR dan BLR ini untuk mengawal inflasi. Inflasi tak terkawal, rakyat makin susah. Bukankah tujuan mengawal inflasi untuk membantu rakyat. Tapi jika ia lebih menyusahkan rakyat apa perlu dikawal dengan kaedah ini?

18. Dalam usaha mengatasi kadar inflasi yang tinggi jangan pula kita menjadi seperti tikus membaiki labu.

blogggg

ha ha haa..org bukak blog kita pun nk bkak blog ... tp boring ler tk tau nk tulih aper..ljak ajer ler nmpak nya..jnji bole happi ..hepi sndiri2

ho ho ho 

Peluang jadi pengedar Murtabak Raja

BUKIT MERTAJAM 1 Mei - Biarpun baru empat bulan menjadi stokis Murtabak Raja keluaran Muslim Best Food Industries Sdn. Bhd., syarikat Wan Enterprise mampu mengedarkan hampir 3,000 pek hidangan yang pernah menjadi sajian istana itu.

Menurut Pengurus Wan Enterprise, Wan Nur Hazeera Wan Rohaizai, kejayaan itu dicapai bersandarkan minat untuk mencari pendapatan tambahan biarpun tanpa pengalaman dalam bidang perniagaan.

Katanya, berdasarkan maklum balas pembeli, ternyata Murtabak Raja memiliki keistimewaan tersendiri dengan pelbagai pilihan iaitu perasa daging tempatan berperisa lada hitam, sardin bersos salsa nanas dan kari ayam rempah ratus tradisional.

"Pada masa ini, saya membuat promosi di Pasar Tani Mega Tasek Gelugor dan sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan malah rata-rata memuji keenakan murtabak ini.

"Biarpun harganya sedikit mahal iaitu RM16, namun dengan berat mencecah satu kilogram, ia cukup untuk dimakan oleh empat orang dewasa dan boleh disimpan di dalam tempat beku peti sejuk selama setahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Tambah Wan Nur Hazeera, jika disimpan di ruang biasa di dalam peti sejuk pun, ia mampu bertahan selama tiga bulan dan itulah keistimewaan Murtabak Raja.

Jelasnya, melalui kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), produk berkenaan mampu dihasilkan dengan saiz lebih besar, tebal dan padat, berintikan 100 peratus daging lembu dan ayam tempatan serta sardin berkualiti bersalut telur gred tinggi dan bawang segar.

"Selain murtabak, kami turut mengedarkan beberapa produk lain antaranya karipap, popia cendawan berkeju dan samosa coklat pisang yang juga keluaran syarikat Muslim Best.

Menurut Wan Nur Hazeera, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan edaran makanan sejuk beku ini.

M

bahasa melayu

21. PROF DR. TEO KOK SEONG
Timbalan Pengarah, ATMA, UKM.

Secara profesional dan juga secara peribadi saya berpendapat kita patut balik kepada yang asal iaitu mendidik anak-anak kita dalam Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara dan bahasa-bahasa etnik lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

...Pada saya menggunakan Bahasa Melayu, berbalik kepada asal kerana Bahasa Melayu itu sudah pun mencapai tahap bahasa moden seperti yang dimiliki oleh Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa besar di dunia. Bahasa Melayu itu sudah mampu menjadi bahasa ilmu sudah mendapat pengiktirafan bahasa moden itu.

Tetapi sayangnya rakyat kita tidak mempercayainya. Itulah hakikatnya dan dari segi korpus Bahasa Melayu itu, sistem ejaannya sudah matang. Sistem ejaannya mantap. Kosa katanya pun bertambah saban hari, istilahnya digubal sehingga sejuta setakat ini untuk ratusan bidang ilmu. Tatabahasanya dibakukan dan sebutannya pun sudah dibakukan.

Kita harus yakin. Saya ingin tambah, kita enggunakan Bahasa Melayu, bahasa sendiri, bahasa negara sendiri untuk pendidikan. Perkara ini sudah teruji di dunia. Rusia menggunakan bahasa negara itu, Inggeris, Jerman, Perancis ... menggunakan bahasa sendiri. Jepun dan Korea pun begitu. Penggunaan bahasa negara sendiri ini sudah teruji.

Malah, kita perlu berhati-hati dalam menggunakan istilah bahasa ibunda sebagai kaedah yang baik untuk pendidikan sebab, saya rasa ada kekeliruan di sini. Jikalau kalau kita hendak memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu untuk sains dan matematik kita harus menggunakan, bercakap dalam rangka-rangka Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Rasmi. Jikalau kita gunakan istilah bahasa etnik jadi itu perjuangan yang sempit sekali perjuangan budaya. Jadi kita mesti menggunakan istilah Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa rasmi.

Saya kira kepercayaan bahawa kaedah mendidik dalam bahasa ibunda itu kaedah yang terbaik, itu satu mitos. Paling baik separuh mitos. Kita dapat melihat di depan mata kita sendiri anak-anak Cina, anak-anak India yang pergi ke Sekolah kebangsaan itu belajar dalam Bahasa Melayu, itu bukan bahasa ibunda mereka dan mereka berjaya. Anak-anak Melayu yang pergi ke sekolah Cina belajar dalam bahasa Cina mereka berjaya. Anak-anak Melayu yang pergi ke sekolah agama mereka belajar dalam bahasa Arab juga berjaya. Jadi anak-anak ini ajarlah dalam bahasa apa pun tidak menjadi masalah.

Tetapi untuk Negara kita, kita mahu Bahasa Melayu.

zoo

jantayu

ada pndapat buat apa dikraskan mmat2 yg lmbut tu..ada ke mat2 lmbut jd mat rempit..jd perogol..so tak pyahlaa ada llaki kras dlm dnia ni...tak pyaah la ahli kluarga buang ahli yg lmbut

skap msyrat yg brdkrismnasi yg ssahkan hdup jantayu..knap kita bangga mnyshkan mreka..seolah kita mnyoal kehnadak Tuhan